Isnin, 10 November 2008

Hujung Minggu Yang Seronok

  1. Pertama sekali aku nak tanya korang,bagaimana hujung minggu anda?.Apa yang aku boleh katakan ialah hujung minggu aku telah diisi dengan aktiviti yang seronok dan seperti yang selalu aku lakukan dua tahun lalu iaitu pergi 'gig'(atau main gig).
  2. Ya,sudah hampir dua tahun aku meninggalkan 'scene underground'(sekarang dipanggil 'indie movement?).Banyak yang aku ketinggalan sebenarnya,dua tahun adalah satu jangka masa yang agak pendek tapi banyak perubahan yang telah berlaku di dalam 'scene' muzik kita.Tapi,ada juga yang tak berubah...(Enggan mengulas lebih lanjut)
  3. Hari sabtu yang lepas,aku telah dipelawa oleh kakak aku(Aida) untuk beraksi semula dengan Oddity.Sehari sebelum itu dia telah menelefon aku dan aku terus menyatakan kesediaan untuk beraksi,tidak dapat dinafikan perasaan gementar dan kekok bermain di fikiran kerana sudah lama tidak bermain 'gig'.Jadi malam sebelum 'gig' itu telah dihabiskan dengan 'Jamm Session'.Apa yang lebih membuat aku lebih teruja ialah Hana(kakak aku juga) bermain di posisi bass,secara jujur aku nyatakan disini bahawa dia adalah pemain bass yang aku paling senang untuk 'clique'(mungkin sebab kami adik-beradik).
  4. Hari yang ditunggu pun tiba,sejurus bangun dari tidur aku terus ke Subang Parade untuk mengambil vokalis iaitu Dilla(untuk makluman,dia sekarang ni sudah mengandung dua bulan! Tahniah diucapkan!)dan terus ke KL untuk mengambil suaminya Zul di CM.selepas itu kami terus bergerak ke tempat 'gig' tersebut iaitu di Ampang,Gudang Noisy Studio.
  5. Setibanya kami disana,aku lihat orang masih belum memenuhi tempat tersebut lalu kami mengambil keputusan untuk makan dulu(Sedap nasi Pataya makcik tu!).kira-kira sejam kemudian,bermula lah 'gig tersebut.Maaf,aku tak dapat nak ulas 'band' apa yang main kerana sibuk dengan hal-hal lain ketika itu.
  6. Aku gembira kerana pada hari tersebut aku dapat berjumpa dengan kawan-kawan seperjuangan semasa aku aktif bermain 'gig'.Antaranya ialah Reza(Grape),Fariz(Infinite Delay),Sendat(Falling Grudge),semua bertanya mana aku menghilang?.Aku tak hilang mana pun cuma aku terikat dengan komitmen kerja sejak dua tahun lalu,akibat sudah tidak tahan dan hati yang memberontak,aku tinggalkan kerja tersebut dan Alhamdullilah kerja aku sekarang lebih baik dari yang sebelumnya.
  7. Tidak lupa juga,pada hari itu Oddity dapat beraksi dengan band dari Singapura iaitu Bloody Rejects.Untuk pengetahuan,pertama kali aku lihat band ini ialah semasa aku mula-mula ingin berjinak dengan muzik 'Hardcore' iaitu kira-kira 9 tahun yang lepas kalau tak silap.Persembahannya sungguh bertenaga sama seperti dulu(malah lebih hebat sebenarnya).Kami juga pernah beraksi bersama di Singapura satu ketika dahulu.
  8. Penganjur gig juga telah mengundang band dari Chicago,Amerika iaitu 97 Shiki hebat juga diorang ni tapi aku tak dapat nak klasifikasikan muzik diorang.Secara keseluruhannya,band-band yang beraksi pada hari itu memberikan yang terbaik meskipun tempat itu tidak mempunyai sistem pengudaraan dan bunyi yang bagus jadi tahniah aku ucapkan kepada kalian semua!
  9. Selepas 97 Shiki,maka tibalah giliran kami pula.Habis keluar semua jenis perasaan masa tu,tapi aku katakan 'apa nak jadi,jadilah!'.Sesungguhnya aku selalu mengharapkan yang terbaik apabila membuat persembahan dan aku akan mengeluarkan segala tenaga yang ada untuk memastikan pengunjung gig terhibur dan berpuas hati,begitu juga dengan ahli Oddity yang lain.terutamanya Dilla,tengah mengandung pun boleh menyumbangkan vokal yang baik.bukan untuk puji band sendiri tetapi sepanjang pengalaman bermain gig,aku tak pernah lihat perempuan berkeadaan begitu beraksi dengan baik sekali(ada pun Gwen Stefani la,masa MTV Awards kalau tak silap).Terima kasih kepada Zul juga kerana memberikan sokongan moral kepada Dilla.
  10. Antara perkara-perkara lain yang aku dapat lihat ialah,kemunculan beberapa orang 'Skin Head'.Dah lama aku tak tengok mereka-mereka ni sebenarnya di gig,aku begitu terkagum sekali apabila mendapat tahu bahawa mereka datang daripada Melaka dan Taiping semata-mata untuk gig!(tabik lah korang).
  11. Aku juga sempat berborak dengan salah seorang penganjur(kalau tak silap dan aku lupa tanya nama dia),dari 'Seattlewangsa Scene'.Dia memberikan sedikit informasi mengenai muzik 'scene' sekarang ini dan juga memaklumkan aku gig yang akan datang di KL.Dia juga sempat memberikan 'flyers' gig tersebut dan yang menariknya ialah band Dead Mushroom akan membuat persembahan penutup untuk gig tersebut.
  12. Untuk makluman anda,Dead Mushroom adalah antara band yang awal wujud didalam scene underground Malaysia sekitar tahun 97-98.Untuk gig ini,kesemua anggota asal band tersebut akan beraksi dan aku akan cuba hadir untuk melihat mereka(sebab 15hb nov tu kawan aku kahwin).
  13. Sebenarnya banyak lagi aku nak ulas mengenai gig tersebut,tetapi masa sangat mencemburui aku (waktu ni dah pukul 0225) dan esok aku kembali ke dunia korporat semula.