Jumaat, 21 November 2008

Coretan

  1. Aku masih belum letak gambar dalam blog ni.Aku akan letak gambar secepat yang mungkin.
  2. Rock The World 8 akan diadakan pada 20 Disember 2008,di Stadium Merdeka.Tiket Rm25.00 sahaja boleh didapati di Rock Corner,Music Valley,Tower Records.Antara band-band yang kamu patut lihat ialah Laila's Lounge,Butterfingers,Komplot,They Will Kill Us All dan The Times.Jumpa disana!.
  3. Facebookers! Esok 22 November 08 parti rasmi(Face2face) kepada semua Facebookers di Soho KL bermula 7pm sampai tamat.Aku tak pergi,tidak begitu berminat.
  4. Ralat:Ejaan nama vokalis Oddity ialah Dila bukan Dilla,maaf atas kesilapan ejaan.
  5. Fast And Furious 4 akan keluar pertengahan 2009,barisan pelakon asal Fast And Furious.(Masih terlalu awal).
  6. Lagu Maria Mena,aku belum dengar lagi.aku akan muat turun.
  7. Aku minat pasukan 'The Blues' iaitu Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris.
  8. Politik Malaysia?,aku tak ambil berat.Tapi aku suka baca Blog Chedet.com(Tun Dr Mahathir).
  9. Epi adalah nama aku dalam Oddity(Sekadar untuk pengetahuan).
  10. Itu sahaja aku nak beritahu.Sekian.

Selasa, 18 November 2008

Sedikit Berita.

Kembali menggegar dengan semangat feminis.2008-11-15 09:45:26Dalam the little boys club yang sering kita panggil the underground scene, Oddity datang membawa perubahan ceria, kerana ketika mereka mula-mula ditubuhkan pada 1997, kesemua anggota adalah terdiri dari gadis-gadis remaja. Dila (vokal), Aida (gitar), Hana (bass) dan Diana (dram) mula bermain muzik sebagai satu saluran kreativiti di samping cuba mengecapi kebebasan kehidupan remaja, atau apa yang mereka sendiri panggil “darah muda.” Walaubagaimanapun apabila mereka mula bermain gig sekitar 2002, Diana terpaksa meninggalkan kumpulan ini lalu diganti oleh seorang pemain dram lelaki, Epi. Sejak itu, mereka telah bermain di hampir setiap pelusuk negeri di Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak, juga menjadi satu nama yang sering diundang bermain di Singapura. Oddity juga telah melalui pelbagai tansformasi dari segi stail muzik, daripada genre grunge/alternatif pada awal penubuhannya sehinggalah hardcore metal ketika namanya sedang naik. Namun, menurut kata Aida, mereka tak suka meletakkan sebarang label pada muzik mereka kerana ianya akan hanya menghadkan kreativiti mereka sebagai pemuzik. Mereka cuba merakam album pada tahun 2005 tapi terpaksa ditangguhkan bila Aida jatuh sakit, menyebabkan Oddity terus menyepi selama setahun. Bila mereka cuba untuk meneruskan aktiviti Oddity, Hana dan Epi pula tidak dapat memberikan komitmen. Walaupun begitu, lagu mereka “Let Hope Grow in You” telah turut dimuatkan dalam filem Kami baru-baru ini, sedikit sebanyak memberikan semula nafas serta harapan baru kepada kumpulan muda ini untuk terus bermain muzik.Kemunculan semula mereka dalam Smile: It’s A Girl Fest 2008 minggu lepas membuktikan yang mereka masih lagi aktif, bertenaga dan masih lagi mampu menggegar pentas walaupun vokalis Dila sedang hamil dua bulan. “Terima kasih kepada crowd yang tidak merokok semasa Oddity beraksi,” kata mereka.Dengarkan lagu-lagu Oddity di http://www.myspace.com/oddity.

Isnin, 17 November 2008

Cari Keghairahan Kamu

  1. Kali ini aku ingin berbicara mengenai diri kita,mengenai sejauh mana aku dan kamu mengenali diri sendiri.topik kali ini bunyinya agak pelik sedikit dan ingin aku jelaskan disini ianya bukan mengenai sesuatu yang boleh menghairahkan kamu.Ghairah maksud aku disini ialah dalam bahasa inggerisnya 'Passion'.
  2. Apa yang kamu faham dari maksud perkataan tersebut?.Ok,kalau kamu kurang jelas,aku beri penjelasan.ianya sesuatu kamu suka lakukan,yang apabila kamu buat kamu tidak kisah apa orang lain kata dan sesuatu yang kamu percaya.Contohnya,kamu suka muzik metal yang melalak-lalak dan setengah daripada liriknya kamu sendiri pun tak faham,kawan-kawan atau kenalan kamu tak faham dan bingung kenapa kamu boleh terima muzik yang sedemikian rupa tapi kamu buat tak peduli kerana kamu memang dah minat dan ghairah mendengarnya,(Faham maksud aku sekarang?,kalau tidak sila utarakan ulasan dan soalan dalam ruangan ini).
  3. Itu satu contoh,sekarang cuba tanya diri kamu apa yang kamu suka buat,betul-betul nak buat tanpa mengira apa orang lain kata,apa dia?.
  4. Kira-kira dua minggu lepas,aku telah membeli buku Donald Trump dan Bill Zanker yang bertajuk "THINK BIG,Make It Happen In Business And Life".Aku memang suka buku-buku Donald Trump dan untuk rekod aku sudah baca hampir kesemua buku-bukunya yang ada dipasaran Malaysia(Ada buku lain yang menarik,sayangnya tidak ada di Malaysia).Ingin aku berkongsi sedikit disini,sebab aku minat buku-buku beliau adalah kerana penyampaiannya mudah dan terus tepat kedalam nurani kamu(Straightfoward).Aku suka begitu,tak perlu nak belit-belit dan bermain dengan kata-kata macam sesetengah buku yang ada dipasaran.
  5. Salah satu topik yang menarik perhatian aku ialah beliau menjelaskan bahawa kamu perlu cari keghairahan kamu untuk berjaya(Passion,Passion,Passion!).Aku termenung sebentar dan bertanyakan diri aku apa sebenarnya yang aku suka buat.Ya! aku sudah tahu apa yang aku suka buat(Akan aku luahkan di catatan yang lain nanti).
  6. Jika kamu lihat,kebanyakan orang berjaya dalam dunia ini ialah mereka-mereka yang melakukan perkara yang mereka ghairah.Sudah tentu,pada masa yang sama mereka juga menghadapi pelbagai cabaran dalam perjalanan menuju kejayaan.
  7. Jadi,tanya diri kamu sekali lagi,apa yang kamu suka lakukan dan ia sangat membuat kamu teruja,sehingga kamu tidak boleh tidur malam?.
  8. Mungkin ada diantara kamu yang berkata,''aku nak buat tapi.....'',orang tua tak izinkanlah,banyak kerja lah,takde duitlah,malaslah,takut kena gelak dengan kawan-kawan lain,awek/balak lari dan sebagainya.Terus-terang aku katakan disini,TIADA KEBERANIAN TIADA KEJAYAAN.itu yang aku belajar dari salah seorang yang berjaya dalam perniagaanya.
  9. Aku belum berjaya lagi,dan aku memang mahu ke arah itu.Kamu bagaimana? Cabar diri kamu! kamu takkan rugi apa-apa pun!.sekian dulu,aku nak tengok 'America Next Top Model' ni.

Rabu, 12 November 2008

Senarai 20 Lagu Kegemaran Aku Setakat Ini

  1. As I Lay Dying---I Never Wanted
  2. Mudvayne---Dig
  3. Peterpan---Bintang Di Surga
  4. 30 Seconds To Mars---A Beautiful Lie
  5. Unearth---Black Hearts Now Reign
  6. Rage Against The Machine---Sleep Now In The Fire
  7. Coldplay---Yes!
  8. Hatebreed---This Is Now
  9. Placebo---The Bitter End
  10. Saosin---I Can Tell
  11. Underoath---Reinventing Your Exit
  12. Dave Matthews Band---Space Between
  13. Iron Maiden---Trooper
  14. 3 Doors Down---Its Not My Time
  15. Caliban---Fire Of Night
  16. Daughtry---Sorry
  17. All That Remains---Regret Not
  18. Ungu---Disini Untukmu
  19. Switchfoot---24
  20. Walls Of Jericho---Fixing Broken Hearts

Isnin, 10 November 2008

Hujung Minggu Yang Seronok

  1. Pertama sekali aku nak tanya korang,bagaimana hujung minggu anda?.Apa yang aku boleh katakan ialah hujung minggu aku telah diisi dengan aktiviti yang seronok dan seperti yang selalu aku lakukan dua tahun lalu iaitu pergi 'gig'(atau main gig).
  2. Ya,sudah hampir dua tahun aku meninggalkan 'scene underground'(sekarang dipanggil 'indie movement?).Banyak yang aku ketinggalan sebenarnya,dua tahun adalah satu jangka masa yang agak pendek tapi banyak perubahan yang telah berlaku di dalam 'scene' muzik kita.Tapi,ada juga yang tak berubah...(Enggan mengulas lebih lanjut)
  3. Hari sabtu yang lepas,aku telah dipelawa oleh kakak aku(Aida) untuk beraksi semula dengan Oddity.Sehari sebelum itu dia telah menelefon aku dan aku terus menyatakan kesediaan untuk beraksi,tidak dapat dinafikan perasaan gementar dan kekok bermain di fikiran kerana sudah lama tidak bermain 'gig'.Jadi malam sebelum 'gig' itu telah dihabiskan dengan 'Jamm Session'.Apa yang lebih membuat aku lebih teruja ialah Hana(kakak aku juga) bermain di posisi bass,secara jujur aku nyatakan disini bahawa dia adalah pemain bass yang aku paling senang untuk 'clique'(mungkin sebab kami adik-beradik).
  4. Hari yang ditunggu pun tiba,sejurus bangun dari tidur aku terus ke Subang Parade untuk mengambil vokalis iaitu Dilla(untuk makluman,dia sekarang ni sudah mengandung dua bulan! Tahniah diucapkan!)dan terus ke KL untuk mengambil suaminya Zul di CM.selepas itu kami terus bergerak ke tempat 'gig' tersebut iaitu di Ampang,Gudang Noisy Studio.
  5. Setibanya kami disana,aku lihat orang masih belum memenuhi tempat tersebut lalu kami mengambil keputusan untuk makan dulu(Sedap nasi Pataya makcik tu!).kira-kira sejam kemudian,bermula lah 'gig tersebut.Maaf,aku tak dapat nak ulas 'band' apa yang main kerana sibuk dengan hal-hal lain ketika itu.
  6. Aku gembira kerana pada hari tersebut aku dapat berjumpa dengan kawan-kawan seperjuangan semasa aku aktif bermain 'gig'.Antaranya ialah Reza(Grape),Fariz(Infinite Delay),Sendat(Falling Grudge),semua bertanya mana aku menghilang?.Aku tak hilang mana pun cuma aku terikat dengan komitmen kerja sejak dua tahun lalu,akibat sudah tidak tahan dan hati yang memberontak,aku tinggalkan kerja tersebut dan Alhamdullilah kerja aku sekarang lebih baik dari yang sebelumnya.
  7. Tidak lupa juga,pada hari itu Oddity dapat beraksi dengan band dari Singapura iaitu Bloody Rejects.Untuk pengetahuan,pertama kali aku lihat band ini ialah semasa aku mula-mula ingin berjinak dengan muzik 'Hardcore' iaitu kira-kira 9 tahun yang lepas kalau tak silap.Persembahannya sungguh bertenaga sama seperti dulu(malah lebih hebat sebenarnya).Kami juga pernah beraksi bersama di Singapura satu ketika dahulu.
  8. Penganjur gig juga telah mengundang band dari Chicago,Amerika iaitu 97 Shiki hebat juga diorang ni tapi aku tak dapat nak klasifikasikan muzik diorang.Secara keseluruhannya,band-band yang beraksi pada hari itu memberikan yang terbaik meskipun tempat itu tidak mempunyai sistem pengudaraan dan bunyi yang bagus jadi tahniah aku ucapkan kepada kalian semua!
  9. Selepas 97 Shiki,maka tibalah giliran kami pula.Habis keluar semua jenis perasaan masa tu,tapi aku katakan 'apa nak jadi,jadilah!'.Sesungguhnya aku selalu mengharapkan yang terbaik apabila membuat persembahan dan aku akan mengeluarkan segala tenaga yang ada untuk memastikan pengunjung gig terhibur dan berpuas hati,begitu juga dengan ahli Oddity yang lain.terutamanya Dilla,tengah mengandung pun boleh menyumbangkan vokal yang baik.bukan untuk puji band sendiri tetapi sepanjang pengalaman bermain gig,aku tak pernah lihat perempuan berkeadaan begitu beraksi dengan baik sekali(ada pun Gwen Stefani la,masa MTV Awards kalau tak silap).Terima kasih kepada Zul juga kerana memberikan sokongan moral kepada Dilla.
  10. Antara perkara-perkara lain yang aku dapat lihat ialah,kemunculan beberapa orang 'Skin Head'.Dah lama aku tak tengok mereka-mereka ni sebenarnya di gig,aku begitu terkagum sekali apabila mendapat tahu bahawa mereka datang daripada Melaka dan Taiping semata-mata untuk gig!(tabik lah korang).
  11. Aku juga sempat berborak dengan salah seorang penganjur(kalau tak silap dan aku lupa tanya nama dia),dari 'Seattlewangsa Scene'.Dia memberikan sedikit informasi mengenai muzik 'scene' sekarang ini dan juga memaklumkan aku gig yang akan datang di KL.Dia juga sempat memberikan 'flyers' gig tersebut dan yang menariknya ialah band Dead Mushroom akan membuat persembahan penutup untuk gig tersebut.
  12. Untuk makluman anda,Dead Mushroom adalah antara band yang awal wujud didalam scene underground Malaysia sekitar tahun 97-98.Untuk gig ini,kesemua anggota asal band tersebut akan beraksi dan aku akan cuba hadir untuk melihat mereka(sebab 15hb nov tu kawan aku kahwin).
  13. Sebenarnya banyak lagi aku nak ulas mengenai gig tersebut,tetapi masa sangat mencemburui aku (waktu ni dah pukul 0225) dan esok aku kembali ke dunia korporat semula.

Rabu, 5 November 2008

Barack Obama,Gula-Gula Halls dan Nasi Lemak,Ayam Keras

1.Hari ini dalam sejarah,5 Nov 2008.Hari ini dunia telah menyaksikan satu sejarah di dalam pentadbiran Amerika Syarikat dimana Barack Obama telah menang pilihanraya presiden,dengan itu beliau adalah orang berkulit hitam yang pertama menjadi presiden di negara kuasa besar itu.bermacam-macam reaksi timbul,masyarakat dunia umumnya merasakan perubahan sudah bermula,dengan terlantiknya beliau maka akan kuranglah penggunaan kuasa ketenteraan untuk berunding,ini sekaligus akan memperbaiki hubungan negara barat itu dengan negara-negara islam khususnya.harus diingat juga,bahawa pada ketika ini juga dunia sedang menghadapi krisis ekonomi global dan A.S adalah negara yang paling teruk terjejas(tahukah anda? lebih daripada 500 cawangan starbucks di A.S tutup kerana krisis ini,SUMBER CNN,julai 08) jadi tugas yang agak mencabar juga untuk beliau tangani apabila secara rasmi masuk ke dalam 'rumah putih' januari 2009 nanti.sama-sama lah kita lihat apa yang bakal beliau lakukan nanti.

2.Seperti yang aku maklumkan semalam(4 nov 08),aku tidak ke pejabat atas sebab-sebab kesihatan jadi hari ini aku ambil keputusan untuk datang awal kerana mahu membuat kaji selidik pasaran<---(betul ke ni?,dalam bahasa inggeris;market research).jadi aku membuat rancangan untuk pergi bersama kawan aku dengan menaiki keretanya(car-pool),aku masuk kerja jam 11.30am,tapi sebab aku kadang-kadang gila kerja(workaholic) jadi aku masuk jam 8.50am hari ini.eh,ape kaitan ni? balik ke cerita gula-gula Halls.aku batuk amat teruk sekali semalam,malah pagi sebelum ke pejabat pun boleh tahan juga teruknya.aku malas nak jumpa doktor sebab nanti mereka-mereka ni bagi aku ubat-ubat yang sebenarnya dah banyak kat rumah aku,aku ingat kalau banyak sangat buka farmasi je kat rumah ni(dapat duit kan?).semasa dalam perjalanan ke pejabat bersama rakan aku dan emaknya(emaknya bekerja dekat dengan pejabat aku,jimat minyak kereta aku wei,heheh!,sorry lan),kawan aku telah memberikan aku gula-gula Halls.aku tak suka benda-benda ni sebenarnya entah macam mana aku pun ambil je la,Halls yang aku ambik tu 'Extra Strong'.apa yang mengujakan aku sebenarnya,batuk aku tu terus HILANG! sampai lah masa aku tulis blog ni,sebab sebelum tu aku ambik ubat doktor semua tak boleh pakai(Syarikat buat Halls kene bagi syer sikit aku ni).Alhamdullilah,batuk dah hilang.Memang Bagus.

3.setelah seharian menghabiskan masa dipejabat,aku pun pulang lah ke rumah aku di Subang Jaya.memandangkan aku ni masih belum berbini,maka aku terpaksa menjadikan restoran-restoran sebagai tempat makan aku(Kalau ade bini pun,macam masak la pulak,hmmm).kenapa aku cakap macam ni? sebab topik hangat yang dibincangkan oleh kawan-kawan aku sekarang adalah KAHWIN!.tahun ini sahaja,lebih daripada 5 kawan-kawan aku telah menamatkan zaman bujangnya,Tahniah aku ucapkan! rezeki itu datangnya dari Allah s.w.t.,aku keliru sebenarnya.sama ada,aku ni dah tua ke atau diorang ni kahwin muda sangat?(yang 5 orang tu,semuanya sebaya dengan aku tau,nak tau umur aku? cari la.).apa-apa pun,aku belum lagi nak ke arah itu kerana apa yang penting sekarang ialah kebebasan kewangan dan juga serius dalam kerjaya.pendirian aku ialah,wang memang bukan segala-galanya tapi nak masuk tandas pun kena bayar bukan?.jadi berbalik kepada nasi lemak,ayam keras.aku pergi ke sebuah restoran di USJ yang selalunya menyediakan nasi lemak yang sedap,malangnya hari ni ayam gorengnya keras.aku kecewa.ok,sampai sini sahaja luahan aku hari ini.

Coretan Hari Ini

aku sebenarnya agak teruja sejak ada blog sendiri ni,jadi hari-hari aku cuba log masuk nak tengok atau edit apa-apa yang patut.untuk pengetahuan,aku tak pergi kerja hari ni atas sebab kesihatan yang kurang baik jadi duduk rumah je la.aku cuba pergi ke klinik berhampiran rumah untuk mendapatkan MC,malangnya aku terpaksa pusing berkali-kali untuk mendapatkan parking.bosan dengan situasi berikut,aku ambik keputusan pulang ke rumah dan mungkin pergi sekali lagi disebelah petang.pun,tak jadi jugak pasal hujan lebat dan aku layan tidur la ape lagi nak buat kan?.ok lah,banyak mengarut dah aku ni.disebabkan aku tak kerja hari ni,aku berpeluang untuk menonton tv kat rumah(aku belum ada astro kat rumah wei).aku layan drama-drama melayu ni,aku tahu ramai orang yang aku kenal tak suka tengok betul tak?.tak kisah pasal tu semua sebab aku rasa ada jugak drama-drama tu jalan ceritanya agak bagus tapi tak kurang juga yang mengarut dan melampaui batasan imaginasi aku.aku nak tanya,korang dah pernah tengok drama siri Ampang Medikal? macam ala-ala 'Grey's Anatomy' versi melayu gitu.

Isnin, 3 November 2008

Kenapa Aku Buat Blog?

terdapat beberapa sebab kenapa aku buat benda ni,salah satu sebabnya ialah aku suka baca blog orang dan aku rasa nak buat satu untuk aku lah,sebab-sebab lain adalah seperti ;banyak benda nak cakap tapi tak tahu nak cakap dengan siapa jadi baik tulis dekat sini sebab semua orang bolh baca.dalam blog ni biasanya akan bercerita mengenai muzik,buku-buku yang aku baru baca,isu semasa(Politik ada sikit kot..bukan sampai tahap kena pergi kem kamunting),dan juga perniagaan(perniagaan secara dasarnya,bukan tempat korang nak promo MLM ok),aku takkan cerita hal-hal peribadi aku yang melampau ataupun orang lain dalam laman aku.Agak lama jugak aku nak faham buat benda2 blog ni,dalam 2-3 hari jugak la nak faham.blog ni secara asasnya dalam bahasa melayu,aku akan lihat kepada kesesuaian topik dan mana satu aku rasa senang nak diterima.ini penulisan pertama aku jadi mungkin bahasanya agak bosan.ok lah,ini sahaja aku dapat tulis untuk hari ini.kepada pembaca semua,selamat datang aku ucapkan dan aku akan tulis blog dalam 3 hari satu tulisan.NANTIKANNYA!

Permulaan Baru

selamat datang ke laman blog aku,ia masih 'Under Construction'.dah siap nanti akan ku hebahkan.bye2.