Rabu, 14 Januari 2009

Berat Segelas Air.

Pada saat memberikan kuliah tentang Stress Management, Stephen Covey mengangkat segelas air dan bertanya kepada para siswanya:
"Seberapa berat menurut anda kira-kira segelas air ini?" Para siswa menjawab mulai dari 200 gr sampai 500 gr.
"Ini bukanlah masalah berat mutlaknya, tapi tergantung berapa lama anda memegangnya," kata Covey.

"Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat."

"Jika kita membawa beban kita terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya," lanjut Covey.

"Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, berehat sejenak sebelum mengangkatnya lagi. Kita harus meninggalkan beban kita secara berkala, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan petang ini, tinggalkan beban tersebut."

"Bukan beban berat yang membuat kita Stress, tetapi lamanya kita memikul beban tersebut."

Sabtu, 10 Januari 2009

  1. Menjawab soalan Saudara Husni mengenai cara penyampaiannya,Saya pasti kamu telah membaca ulasan-ulasan yang diberikan oleh pembaca-pembaca blog tersebut.
  2. Si penulis memang agak berani bercakap mengenainya,malangnya untuk seorang pelajar yang belajar di Korea dia gagal mengemukakan fakta yang jelas(Senang cerita,kritik menggunakan perasaan dan bukannya fikiran).
  3. Dah la aku MALAS untuk memberi ulasan lebih lanjut,kerana aku MELAYU,AHAHAH!
  4. Akan saya jawab soalan kamu yang lain,sedikit masa diperlukan untuk kajian.

Jumaat, 9 Januari 2009

Khamis, 8 Januari 2009

Adakah Relevan?

  1. Adakah relevan dibina satu lagi lapangan terbang berdekatan KLIA?
  2. Adakah serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza itu relevan?
  3. Adakah relevan Carlos Tevez keluar dari Manchester United?
  4. Adakah relevan kamu memilih pekerjaan dalam keadaan ekonomi sekarang?
  5. Adakah relevan untuk aku mengikut keadaan muzik semasa yang sekarang hangat diperkatakan iaitu muzik 'indie' atau apa sajalah kamu melabelkannya?
  6. Jawapanya pada aku ialah tidak untuk semua.

Melayu Malas?!

  1. Terima kasih saudara Husni atas cadangan.Topik ni dah banyak orang tulis,dan orang-orang yang tulis tu adalah orang melayu sendiri.
  2. Jadi,aku putuskan untuk tidak bercakap mengenainya kerana ia terlalu 'Cliche'.
  3. Bagi aku,orang yang malas tu bukan kerana bangsanya tapi kerana kepala otaknya sendiri atau lebih tepat lagi ialah 'mindset'.